Lorong Petaling kini berwajah baharu
KUALA LUMPUR – Lorong belakang yang dahulunya suram dan terpinggir kini tampil berwajah baharu apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan inisiatif pengindahan Lorong Petaling Fasa 2 sebagai sebahagian usaha memperkasa imej bandar
raya.
DBKL dalam kenyataan berkata, melalui inisiatif itu, lorong berkenaan kini berubah menjadi koridor bandar yang hidup dengan warna, budaya dan kreativiti.
“Inisiatif ini turut merangkumi kerja pemasangan turapan ‘interlocking’, pencahayaan lampu jalan yang baharu,
serta lukisan mural bertemakan kepelbagaian warisan ibu kota,” katanya dalam hantaran di Facebook.

DBKL berkata, program itu bukan sekadar menambah baik landskap fizikal, malah melibatkan penglibatan komuniti setempat dan penjaja melalui pemindahan secara terancang bagi mewujudkan suasana lebih tersusun, selamat dan harmoni.

Menurut kenyataan itu lagi, pendekatan tersebut membolehkan ruang yang dulunya dilupakan kini menjadi lokasi tarikan baharu yang mencerminkan semangat perpaduan dan kreativiti masyarakat bandar.
“Kini, lorong yang dulunya dilupakan telah diserikan dengan lukisan mural yang meraikan kepelbagaian budaya dan warisan Kuala Lumpur, menjadikannya ruang yang menyatukan masyarakat bandar dengan semangat perpaduan dan kreativiti,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








