BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAANPMX

PM umum peruntukan tambahan RM5 juta untuk Zoo Negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta bagi menyokong usaha pembangunan dan penambahbaikan Zoo Negara, yang bukan sahaja berperanan sebagai institusi pemuliharaan, malah mendidik masyarakat serta menjadi sebahagian daripada warisan negara.

Peruntukan tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sewaktu beliau berkunjung ke Zoo Negara pagi tadi untuk meninjau panda yang baru diterbangkan ke negara ini.

Menurut Perdana Menteri, peruntukan berkenaan merupakan kesinambungan kepada komitmen yang telah diumumkan tahun lalu, sekali gus mencerminkan iltizam serta tekad berterusan kerajaan untuk memastikan kebajikan haiwan, kemudahan awam, serta pengalaman pengunjung terus diperkasa.

“Zoo Negara perlu terus dipelihara dan kekal sebagai ruang pendidikan serta riadah untuk keluarga, khususnya anak-anak kecil dan generasi penerus,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Baca juga : Pasangan panda baharu tiba di Malaysia

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menyempurnakan Majlis Pembukaan Rasmi Pusat Konservasi Giant Panda (PKGP) Zoo Negara hari ini.

Zoo Negara kini menempatkan sepasang panda gergasi baharu, Chen Xing dan Xiao Yue yang tiba dari China pada 18 November tahun lalu.

Dalam pada itu, Anwar turut menekankan usaha memelihara khazanah alam dan hidupan liar memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk kerajaan, pengurusan Zoo Negara, sektor swasta serta masyarakat, demi masa depan yang lestari.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button