BERITA SEMASA

Exco NS angkat sumpah esok

SEREMBAN – Istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan  yang baharu akan diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, esok.

Istiadat tersebut, yang akan disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dijadualkan berlangsung pada pukul 9 pagi.

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan hari ini memaklumkan, mesyuarat Exco kerajaan negeri yang pertama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan seterusnya akan diadakan di Wisma Negeri di sini, selepas majlis angkat sumpah berkenaan.

Bagaimanapun, pembahagian Exco mengikut parti dan portfolio masih belum diketahui setakat ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berharap wakil daripada Barisan Nasional (BN) memperoleh lima atau enam kuota jawatan Exco.

Ini kerana berdasarkan kepada jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) yang dimenangi oleh Barisan Nasional(BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Pada PRN itu, BN menang di 14 kerusi DUN daripada 17 kerusi yang ditandingi calon daripada parti UMNO.

Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 17 kerusi, yang mana DAP memenangi 11 kerusi, PKR lima kerusi manakala satu kerusi lagi dimenangi oleh Parti Amanah Negara (Amanah).

Baki lima lagi kerusi yang sebelum ini disandang PH dan BN jatuh ke tangan Perikatan Nasional (PN).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button