Chegubard dakwa dirasuah sehingga jutaan ringgit
KUALA LUMPUR – Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, mendakwa menjadi sasaran ugutan termasuk ditawarkan sejumlah wang yang besar susulan pendedahannya berkaitan dakwaan rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Namun, beliau menegaskan segala tekanan itu tidak sesekali melemahkan tekadnya untuk terus membawa isu berkenaan demi kepentingan awam dan kebajikan warga tentera.
Menurut Badrul Hisham, perjuangan tersebut tercetus selepas pemergian bapanya tiga tahun lalu, yang menjadi titik tolak kepada komitmennya memperjuangkan soal ketelusan serta nasib anggota dan veteran ATM.
“Sejak itu, fokus saya jelas iaitu membela kebajikan anggota ATM dan memastikan ketelusan ditegakkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada anggota, pegawai dan veteran ATM yang tampil menyalurkan maklumat, sambil memberi jaminan bahawa identiti semua sumber akan dilindungi sepenuhnya.
“Tiada kompromi soal keselamatan sumber. Walau apa pun tekanan, identiti mereka tidak akan didedahkan,” katanya.
Dalam pada itu, Badrul Hisham menegaskan isu yang diketengahkan bukan bersifat peribadi, sebaliknya berakar daripada realiti getir yang dihadapi anggota bawahan dan veteran yang terus bergelut dengan kos sara hidup.
“Amat menyedihkan apabila melihat sendiri kehidupan veteran dan keluarga anggota yang hidup serba kekurangan, sedangkan ada pihak tertentu di peringkat atasan didakwa memp
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















