BIENZ buka cawangan kedua di Putrajaya, pizza A5 wagyu tarikan utama
PUTRAJAYA – BIENZ, jenama restoran tempatan berkonsep premium, membuka cawangan keduanya di Putrajaya, sekali gus menandakan fasa baharu perkembangan kukuh dalam industri makanan dan minuman (F&B) tempatan.
Lebih menarik, hidangan pizza A5 Wagyu yang menggunakan daging wagyu premium dari Jepun serta doh sourdough buatan sendiri, kini boleh dinikmati di BEINZ cawangan Putrajaya.
Menurut Pengasas Bersama BIENZ, Raffil Jamir, berbeza dengan cawangan pertama, BIENZ Putrajaya direka dengan kapasiti lebih besar bagi menampung keperluan keluarga serta kumpulan besar, dengan ruang mampu memuatkan sehingga 150 pelanggan pada satu-satu masa.
“Reka bentuk luas dan mesra keluarga itu turut sesuai untuk pelbagai acara, termasuk pertemuan rasmi dan majlis santai,” katanya daalam kenyataan sempena pembukaan BEINZ cawangan Putrajaya baru-baru ini.

Raffil berkata, sambutan menggalakkan di cawangan pertama menjadi pemangkin kepada pembukaan di Putrajaya, dengan matlamat mengekalkan standard kualiti makanan dan perkhidmatan yang sama, namun dalam suasana lebih kondusif.
“Kami mahu pelanggan menikmati pengalaman BIENZ yang sama dari segi rasa dan servis, tetapi dengan ruang yang lebih selesa dan sesuai untuk seisi keluarga,” ujarnya.
Mengulas pemilihan Putrajaya sebagai lokasi cawangan kedua dibuat kerana kawasan itu mempunyai potensi besar sebagai hab F&B, khususnya bagi kafe dan restoran yang menawarkan pengalaman menjamu selera premium dalam suasana santai.
“Putrajaya merupakan kawasan yang sangat strategik untuk perniagaan F&B. Kami melihat pelanggan di sini menghargai kualiti makanan dan servis, selain mengutamakan pengalaman makan yang selesa bersama keluarga dan rakan,” katanya.
Pembukaan cawangan baharu itu bukan sahaja meluaskan capaian BIENZ kepada pelanggan di luar ibu kota, malah mencerminkan penerimaan positif masyarakat terhadap jenama tempatan yang menekankan kualiti makanan dan perkhidmatan bertaraf tinggi.
Raffil berkata, beliau bersama ahli keluarga yang turut terlibat dalam perniagaan tersebut optimis cawangan Putrajaya mampu menarik lebih ramai pelanggan baharu untuk mencuba menu istimewa BIENZ, termasuk pizza A5 Wagyu yang menjadi identiti restoran berkenaan.
Dalam perancangan jangka panjang, BIENZ komited mengekalkan konsistensi kualiti di semua cawangan, di samping merancang pembukaan outlet baharu di negeri lain serta menambah variasi menu bagi memberi lebih pilihan kepada pelanggan.
“Pembukaan cawangan kedua ini sekali gus mengukuhkan kedudukan BIENZ sebagai jenama F&B tempatan yang berdaya saing, konsisten dan semakin dekat di hati penggemar makanan premium,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








