Rezeki tidak diduga, pemenang peraduan Ayam Brand bawa pulang Proton e.Mas 7
KUALA LUMPUR – Sebuah Proton e.Mas 7 bernilai RM120,000 kini milik Hasrin Mat selepas beliau diumumkan sebagai pemenang Hadiah Utama Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand.
Ketua Pemasaran Ayam Brand, Teoh Wei Ling berkata, Peraduan Menang Lain Macam Bersama Ayam Brand, yang berlangsung dari 1 September hingga 31 Oktober tahun lalu itu dianjurkan untuk menghargai pengguna setia Ayam Brand dengan jumlah hadiah keseluruhan melebihi RM300,000.
“Hadiah yang ditawarkan merangkumi sebuah Proton e.Mas 7 sebagai Hadiah Utama, tujuh pakej percutian bernilai RM10,000 setiap satu, sepuluh hadiah wang tunai RM5,000, 360 kredit e-dompet mingguan bernilai RM50 serta 20 baucar petrol bernilai RM200.
“Inisiatif ini direka untuk membawa keterujaan kepada pengguna dan memberi penghargaan atas sokongan mereka terhadap Ayam Brand dalam masakan seharian. Mendengar kisah kegembiraan daripada pemenang adalah sesuatu yang sangat menginspirasikan,” katanya.
Teoh menambah, Ayam Brand akan terus melaksanakan lebih banyak kempen dan aktiviti menarik sepanjang tahun bagi memastikan pengguna sentiasa dihargai.

Terdahulu, majlis penyerahan kereta yang berlangsung hari ini menyaksikan kenderaan tersebut diterima oleh wakil yang dilantik oleh Hasrin kerana beliau tidak dapat hadir secara peribadi.
Hasrin mengakui dia amat terkejut dan bersyukur setelah dimaklumkan tentang kemenangannya, memandangkan dia menyertai peraduan itu secara santai.
Tambah pemenang berusia 56 tahun itu, dia menghantar penyertaannya selepas membeli produk Ayam Brand dari kedai runcit 99 Speedmart.
“Produk Ayam Brand sudah lama menjadi sebahagian daripada dapur keluarga saya dan tidak pernah menyangka akan memenangi sebuah kereta baharu.
“Kereta ini benar-benar akan membantu perjalanan harian dan keperluan keluarga saya. Saya amat bersyukur dan tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan ini dengan orang tersayang,” katanya.
Hasrin turut berkongsi bahawa kemenangan tersebut mengukuhkan lagi kepercayaannya terhadap Ayam Brand, yang menurutnya sentiasa mengekalkan kualiti produk yang konsisten sejak sekian lama.
“Ayam Brand adalah jenama yang saya gunakan sejak dahulu, daripada sardin, tuna, santan hinggalah kacang panggang. Kualitinya sentiasa konsisten. Kemenangan ini membuatkan saya lebih menghargai jenama Ayam Brand,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








