BERITA SEMASA

Isu saman: Asyraf Wajdi akan panggil Muafakat, Rita Rudaini

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki akan memanggil Yang Dipertua Muafakat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar dan pelakon, Rita Rudaini berhubung isu saman yang tular ketika ini.

Menerusi perkongsian di Facebook, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya mengambil maklum isu saman fitnah yang dikeluarkan oleh Muafakat kepada selebriti berkenaan.

“Peringkat awal saya tidak mahu campur isu perbalahan antara ibu bapa pelajar MRSM.

“Namun atas rasa tanggungjawab saya akan panggil kedua-dua pihak bagi menjernihkan keadaan tidak sihat; bahkan tauladan yang tidak baik buat pelajar,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, dua tokoh akademik nekad mengambil tindakan undang-undang terhadap Rita selepas dakwaan fitnah berlarutan beberapa bulan dan notis tuntutan RM1 juta sebelum ini tidak dipatuhi.

Peguam mereka, Datuk Adnan Seman dipetik berkata, saman itu difailkan selepas mendapati Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 49, memuat naik kenyataan berbaur fitnah menerusi Instagram, WhatsApp dan beberapa platform komunikasi lain.

Status itu menerima 6,600 reaksi, 565 komen dan 81 perkongsian semula.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik.

“Datuk check punca. Baca komen ibu bapa semua, nanti Datuk akan jumpa kebenaran,” tulis Siti Harnani Yusoff.

“Moga dipermudahkan urusan kedua-dua belah pihak. Fokus kepada kepentingan pelajar dan tauladan yang baik. Insya-Allah,” kata Neetta Harun.

“Bukan Rita yang mulakan. Kami parents dah lama move on. Plan nak fokus untuk tahun hadapan. Yang mulakan ialah YDP dan NYDP sendiri. Buka pekung sendiri. Kami di SUBES happy-happy saja buat kenduri untuk cikgu dan anak-anak makan,” komen Amany Hashin pula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button