RHM melangkah ke segmen premium, perkukuh jenama reka bentuk dalaman Bumiputera
NILAI – Syarikat reka bentuk dalaman dan pembinaan 100 peratus milik Bumiputera, RHM Design & Construction Sdn. Bhd. melakar sejarah baharu apabila melancarkan ibu pejabat (HQ) baharu dan memperkenalkan unit premium RHM Luxe sempena ulang tahun ke-10 penubuhannya.
RHM Design & Construction, yang bermula sebagai sebuah operasi kecil pada 2015, kini muncul sebagai antara firma yang semakin menonjol dalam industri apabila berjaya menyiapkan lebih 1,000 projek kediaman dan komersial di seluruh negara termasuk penglibatan dalam projek berprestij seperti Petronas Menara Berkembar.
Menurut Pengasas RHM, Nurul Amira Mohd. Rashid, yang turut dikenali sebagai Akak Interior di TikTok, pencapaian 10 tahun itu membuktikan kemampuan syarikat memahami keperluan pelanggan dan mengekalkan standard kerja yang konsisten.
“Masuk 10 tahun dalam industri, kami mahu membawa RHM ke tahap yang lebih eksklusif dan matang.
“RHM Luxe diwujudkan untuk menawarkan pengalaman rekaan yang dipilih rapi, dengan kemasan yang lebih halus dan terperinci serta perkhidmatan premium yang dihargai pelanggan. Ini bukan sekadar unit baharu, tetapi langkah evolusi,” katanya.
Terdahulu, Majlis pelancaran ibu pejabat baharu itu turut menyaksikan perasmian RHM Luxe, sebuah unit eksklusif yang memberi fokus kepada segmen pelanggan premium yang menuntut sentuhan mewah, ketelitian tinggi dan pengalaman perkhidmatan bertaraf premium.
Ibu pejabat baharu RHM pula dibangunkan sebagai pusat operasi holistik merangkumi galeri pameran, ruang konsultasi, studio kolaboratif dan zon eksklusif RHM Luxe, bagi memberikan pengalaman pelanggan lebih moden, premium dan menyeluruh.

Mengulas lanjut, Nurul Amira berkata,
keupayaan RHM berkembang pesat dalam tempoh sedekad disandarkan kepada disiplin operasi, inovasi reka bentuk serta pendekatan sistematik dalam pengurusan projek.
Beliau berkata, dengan pendekatan itu, ia sekali gus membezakannya daripada banyak syarikat Hiasan Dalaman lain yang sering berdepan isu proses tidak seragam dan koordinasi lemah.
“Keunikan RHM bukan hanya terletak pada hasil rekaan cantik semata-mata, sebaliknya kepakaran menguruskan projek melalui SOP jelas, kawalan kualiti tersusun dan komunikasi konsisten sepanjang tempoh pembinaan.
“Dalam dunia reka bentuk dalaman, hasil cantik sahaja tidak cukup. Apa yang membezakan kami adalah bagaimana kami menguruskan projek. Sistemlah yang membina keyakinan terhadap kami sepanjang 10 tahun ini,” ujarnya.
Pertumbuhan syarikat turut diperkukuh oleh kehadiran Nurul Asiqin Mohd. Rashid selaku Rakan Strategik dan Pengurus Besar yang menerajui strategi, operasi serta pembangunan sistem dalaman syarikat.
Sinergi kepimpinan antara dua adik-beradik itu menjadi tunjang kekuatan RHM dalam mengekalkan reputasi sebagai firma yang sistematik, stabil dan berdaya saing.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








