PDRM terima rakaman audio insiden tembakan Durian Tunggal – KPN
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima sekeping cakera padat (CD) dipercayai mengandungi rakaman audio perbualan telefon antara seorang suspek dan isterinya sebelum insiden tembakan di Durian Tunggal, Melaka.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, bahan bukti tersebut diterima pihak polis semalam selepas diserahkan oleh ahli keluarga kepada salah seorang suspek yang terlibat.
Menurutnya, rakaman audio berkenaan kini menjadi antara elemen penting bagi membantu mengukuhkan siasatan yang sedang dijalankan berhubung insiden berkenaan.
“Pada 3 Disember 2025, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah menubuhkan satu pasukan siasatan khas yang diketuai pegawai kanan berpangkat Senior Assisten Kommisioner bagi mengambil alih dan mengendalikan siasatan secara menyeluruh di peringkat Bukit Aman.
“Langkah ini diambil bagi memastikan setiap aspek siasatan diteliti secara teratur, profesional dan tanpa sebarang kompromi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut menegaskan komitmen PDRM untuk menjalankan siasatan secara telus, berintegriti dan berlandaskan undang-undang serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku.
Sehubungan itu, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








