Dua maut termasuk guru, MPV terhumban ke dalam gaung di Kuala Berang
KUALA BERANG – Dua termasuk seorang guru maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terhumban ke dalam gaung di Kilometer (km) 52, Jalan Kuala Jeneris-Sg Gawi-Aring, Bukit Kawah, dekat sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan yang turut membabitkan kematian pekerja kantin itu kira-kira jam 5.30 petang.
Katanya, guru yang maut dan pemandu kenderaan dikenalpasti sebagai Hassan Shazali, 52, bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir manakala pekerja kantin dari sekolah sama dikenali Suzaimah Che Azis, 34, dari Kampung Rahmat RKT Kesedar Lebir, Gua Musang.
“Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari arah Kuala Terengganu menghala ke arah Gua Musang.
“Kedua-dua mangsa yang tercampak keluar dari kenderaan MPV itu disahkan meninggal di tempat kejadian,” katanya memetik laporan BH Online.
Sharudin berkata kedua-dua mayat berkenaan dibawa ke Forensik Hospital Hulu Terengganu (HHT) untuk proses bedah siasat.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








