Imej Kaabah dirakam dari angkasa tular
DHAKA – Sebuah imej luar biasa yang merakam Kaabah kelihatan bercahaya dari angkasa lepas mencuri perhatian dunia, sekali gus mengundang rasa takjub dalam kalangan pengguna media sosial.
Gambar berkenaan yang tersebar sejak semalam memperlihatkan titik terang berpusat di tengah-tengah kota Mekah yang dianggarkan dirakam dari jarak 400 kilometer dari permukaan Bumi.
Menurut laporan United News of Bangladesh (UNB), foto itu diambil dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), menonjolkan Kaabah iaitu tapak paling suci umat Islam seakan-akan menjadi pusat cahaya yang memancar di tengah-tengah bandar raya tersebut.
Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Don Pettit yang baru kembali daripada misi terbaharunya di ISS, memuat naik imej itu di laman X.
“Pemandangan orbit Mekah, Arab Saudi. Titik terang di tengah ialah Kaabah, tapak paling suci Islam, kelihatan walaupun dari angkasa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pettit merupakan salah seorang angkasawan NASA yang terkenal dengan sentuhan artistik dalam rakaman visualnya sepanjang tugasan keempat di ISS.
Beliau merakam foto itu menggunakan kamera Nikon beresolusi tinggi melalui tingkap kupola stesen tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







