BERITA SEMASA

Jam 5.27 petang ini, jangan lepas peluang semak arah kiblat

PUTRAJAYA – Umat Islam disaran supaya tidak melepaskan peluang menyemak arah kiblat petang ini menerusi fenomena Istiwa’ A’dzam yang berlaku tepat pada jam 5.27 petang.

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), fenomena itu berlaku apabila matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah, sekali gus membolehkan arah kiblat ditentukan dengan mudah melalui bayang-bayang objek yang tegak.

“Fenomena Istiwa’ A’dzam hanya berlaku dua kali setahun dan hari ini merupakan peluang terakhir bagi tahun 2026 untuk menggunakan kaedah semula jadi tersebut,” katanya menerusi laman media sosial JAKIM.

Istiwa A’dzam
Fenomena Istiwa A’dzam berlaku dua kali dalam tempoh setahun.

Katanya, orang ramai hanya perlu meletakkan objek yang tegak di kawasan yang menerima cahaya matahari.

“Pada jam 5.27 petang, arah yang bertentangan dengan bayang-bayang objek itu menunjukkan arah kiblat.

“Kaedah ini sesuai digunakan untuk menyemak semula ketepatan arah kiblat di rumah, surau atau premis, khususnya jika ia tidak pernah diperiksa sejak sekian lama,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button