Dua kanak-kanak hilang dipercayai dihanyutkan arus deras
KAJANG – Dua kanak-kanak berusia 12 dan 14 tahun dilaporkan hilang dipercayai akibat dihanyutkan arus deras ketika cuba mengambil semula bola yang terjatuh dalam sebuah longkang di Taman Prima Saujana, dekat sini petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pukul 6.32 petang tadi.
Susulan panggilan berkenaan, pusat operasi menggerakkan anggota dari Balai Bomba Kajang..
Buat masa ini, operasi mencari masih dilaksanakan enam anggota diketuai Komander Operasi Abdul Naseer Abd Rahim.
Longkang tersebut dipercayai melimpah akibat hujan lebat pada waktu petang.
JBPM Selangor menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati berhampiran longkang dan kawasan berair, terutamanya ketika hujan lebat atau selepas ribut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








