AirBorneo dijangka beroperasi mulai 1 Jan 2026
KUCHING – Syarikat penerbangan milik kerajaan Sarawak, AirBorneo dijangka memulakan operasinya mulai 1 Januari 2026.
Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin, penerbangan akan menggunakan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) sedia ada di Sarawak, Sabah dan Labuan, lapor BH Online.
Buat masa ini, katanya, syarikat sedang dalam proses melaksanakan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd yang dijangka selesai pada 31 Dis susulan Perjanjian Pembelian Saham yang ditandatangani pada 12 Februari lalu.
“Apabila proses peralihan selesai, AirBorneo dijangka memulakan operasi sendiri pada Januari 2026 dengan menggunakan RAS sedia ada di Sarawak, Sabah dan Labuan.
“Ia juga dirancang untuk berkembang ke operasi jet serantau menjelang akhir tahun, bergantung kepada ketersediaan pesawat, peruntukan slot lapangan terbang serta kelulusan pengawalseliaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Dalam sidang media selepas itu, Kim Shin berkata, sebagai permulaan, penerbangan itu nanti menggunakan masing-masing satu pesawat Twin Otter dan ATR.
“Proses pengambilalihan pesawat mengambil m
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








