Syarikat penerbangan dunia gantung laluan ke Asia Barat berikutan ketegangan Israel-Iran
PARIS – Ketegangan memuncak antara Israel dan Iran memaksa banyak syarikat penerbangan utama dunia membatal dan mengubah laluan penerbangan susulan penutupan ruang udara beberapa negara di rantau itu.
Insiden bermula apabila Israel melancarkan serangan ke atas kemudahan ketenteraan dan nuklear di Iran, yang kemudian dibalas Tehran dengan pelancaran dron dan peluru berpandu.
Tindakan itu menyebabkan Israel, Iran, Iraq, Jordan dan Syria menutup ruang udara mereka buat sementara waktu.

Air India bertindak memanggil semula atau mengalihkan 16 penerbangan antara India dan destinasi di London, Kanada serta Amerika Syarikat.
Emirates, syarikat penerbangan terbesar Asia Barat pula membatalkan semua penerbangan pergi balik dari Iraq, Jordan, Lubnan dan Iran.
BACA : Iran dakwa serang puluhan sasaran strategik Israel
Qatar Airways turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggantung sementara penerbangan ke Iran dan Iraq.
“Kami terus memantau situasi keselamatan di rantau ini dan akan menyambung semula operasi apabila keadaan mengizinkan,” kata jurucakap Qatar Airways dalam kenyataan ringkas kepada AFP.
Syarikat penerbangan Perancis, Air France, menggantung penerbangan ke Tel Aviv sehingga diberitahu kelak.
“Keselamatan pelanggan dan anak kapal adalah keutamaan mutlak Air France,” kata jurucakap syarikat itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |




