Program Siswa Sulung bantu 7,003 pelajar B40 masuk universiti awam
KUALA LUMPUR – Seramai 7,003 pelajar generasi pertama keluarga B40 menerima manfaat daripada Program Siswa Sulung yang menerima pembiayaan kira-kira RM27 juta untuk melanjutkan pengajian di universiti awam (UA) sejak 2022.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, program itu bukan sahaja mengurangkan jurang akses pendidikan, malah meringankan beban keluarga melalui pengecualian yuran UA yang membolehkan pelajar memulakan pengajian tanpa hutang pinjaman yang tinggi.
“Ia menyediakan peluang dan pembiayaan pendidikan kepada generasi pertama daripada keluarga B40 yang belum ada ahli keluarganya yang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi untuk menyambung pengajian mereka di UA
“Program ini telah dilaksanakan secara rintis oleh KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi) mulai sesi akademik 2022/2023 melibatkan 75 pelajar daripada lapan universiti awam perintis, bermula sesi akademik 2023/2024.
“Program Siswa Sulung telah diperluas kepada pelajar daripada semua bidang pengajian di 20 universiti awam,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, semalam.
Beliau menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang bertanyakan pencapaian Program Siswa Sulung termasuk pecahan penerima mengikut jantina, kaum, negeri serta Institusi Pengajian Tinggi Awam, selain jumlah perbelanjaan tahunan sejak program itu dilaksanakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








