BERITA SEMASA

KPT sokong cadangan PAC berkaitan garis panduan pelaburan dan pembiayaan UA

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengalu-alukan cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk melaksanakan garis panduan pelaburan dan pembiayaan oleh universiti awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, beliau menyokong cadangan tersebut yang bertujuan untuk memperbaiki tadbir urus universiti dalam dapatan laporan PAC.

“Kita alu-alukan laporan PAC kerana dapatan dalam laporan itu bertujuan untuk memperbaiki tadbir urus universiti yang tertakluk kepada laporan tersebut,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat tawaran Sky Global Apprenticeship Programme kepada 20 mahasiswa universiti tempatan di sini, hari ini.

Pelajar mahasiswa yang mendapat surat tawaran Sky Global Apprenticeship Programme oleh Turkish Aerospace Malaysia hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Check Also
Close
Back to top button