BERITA SEMASA

Hujan lebat, ribut petir diramal landa utara, barat Semenanjung malam ini

PUTRAJAYA – Keadaan cuaca dijangka terus tidak menentu apabila hujan lebat serta ribut petir diramalkan bertumpu di kawasan utara dan barat Semenanjung Malaysia.

Menurut amaran terbaharu yang dikeluarkan MetMalaysia bagi malam ini, kawasan paling terkesan melibatkan beberapa daerah di Perak termasuk Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Keadaan cuaca sama turut dijangka melanda kawasan barat daya Semenanjung termasuk Selangor (Sabak Bernam, Hulu Selangor), Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) serta Melaka selain sebahagian wilayah timur Pahang.

MetMalaysia berkata, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang berpotensi berlaku lebih daripada satu jam.

Amaran itu juga sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai khususnya di kawasan rendah dan berhampiran sungai di negeri-negeri berkenaan diingatkan supaya berjaga-jaga, memandangkan hujan tertumpu di bahagian barat dan utara mampu menyebabkan kenaikan paras air secara mendadak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button