Fadhlina tinjau situasi banjir di Kelantan
KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek turun padang bagi meninjau situasi banjir yang melanda negeri Kelantan.
Menerusi perkongsian video di Facebook, Fadhlina berkata, pihaknya akan memastikan semua aspek warga pendidikan terpelihara.
“Hari ini saya berada di Kelantan bagi meninjau sendiri situasi terkini banjir serta memastikan semua aspek terkait keselamatan murid, guru dan seluruh warga pendidikan terpelihara.
“Kita sama-sama doakan semoga situasi banjir akan segera pulih dan semua yang terjejas diberi kesabaran dalam menempuh ujian ini,” katanya.
Perkongsian video tersebut menerima 560 reaksi, 56 komen dan 28 perkongsian semula.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial menzahirkan penghargaan terhadap Fadhlina.
“Terima kasih YBM atas masa yang diluangkan di Kampung Pauh Sembilan. Thanks sempat selfie tadi,” komen Anne Hazriah Hassan.
“Syabas YB Fadhlina Sidek menyantuni murid-murid bagi meningkatkan semangat mereka,” tulis Anuar Mohamad pula.
“Terbaik YB. Semoga dipermudahkan urusan buat anak-anak SPM 2025,” kata Abdul Ghani Md Nor.
Terdahulu, media melaporkan keadaan terkini banjir di negeri Kelantan menunjukkan trend peningkatan apabila lebih 4,000 mangsa terjejas.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















