4,000 rakyat Malaysia terjejas banjir di Hat Yai, semua dilaporkan selamat
PUTRAJAYA – Kira-kira 4,000 rakyat Malaysia yang berada di Hat Yai dan kawasan sekitarnya di selatan Thailand terjejas berikutan banjir yang melanda negara jiran itu sejak beberapa hari lalu.
Kementerian Luar berkata, semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat, dengan kebanyakan mereka menginap di hotel bertingkat yang tidak terlibat secara langsung dengan limpahan air banjir.
Bagaimanapun, katanya, ada yang berdepan gangguan sementara bekalan elektrik serta akses makanan akibat gangguan setempat.
“Pihak berkuasa Thailand termasuk Polis Pelancong serta agensi tempatan, telah digerakkan sepenuhnya bagi menguruskan situasi dan memastikan keselamatan pelancong serta penduduk.
“Menurut ramalan cuaca, hujan lebat dijangka berhenti mulai esok manakala paras air turut diramalkan mula surut. Keadaan keseluruhan dijangka menunjukkan pemulihan menjelang Isnin,” katanya hari ini.
Dalam pada itu katanya, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla telah mengaktifkan pasukan operasi untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas atau memerlukan sokongan.
“Konsulat juga kekal berhubung dengan pihak berkuasa tempatan, hotel serta komuniti rakyat Malaysia di kawasan terjejas.
“Rakyat Malaysia di Hat Yai dinasihatkan kekal di dalam bangunan, mematuhi arahan pihak berkuasa dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya sepanjang tempoh banjir,” katanya.
Sementara itu, Kementerian Luar turut menggesa rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla atau Kedutaan Malaysia di Bangkok supaya berbuat demikian bagi memudahkan bantuan disalurkan sekiranya diperlukan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi:
Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla
Telefon (Pertanyaan umum): +(6674) 311062
Kecemasan: +(6674) 316274 / +(6681) 9901930
Talian tambahan: +(6674) 324004 / 312353
Emel: mwsongkhla@kln.gov.my
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok
Talian umum: +66-2340-5720
Urusan konsular (waktu bekerja): +66-2340-5731 / 5732
Kecemasan (hujung minggu & cuti umum sahaja): +66-87-028-4659
Talian tambahan: +66-2340-5721
Emel: mwbangkok@kln.gov.my
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








