Terengganu dilanda banjir lagi, tiga PPS dibuka setakat hari ini
KUALA TERENGGANU – Belum reda sepenuhnya kesan banjir gelombang kedua minggu lalu, Terengganu sekali lagi berdepan banjir apabila hujan lebat berterusan hari ini memaksa pembukaan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah, melibatkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun.
Setakat ini, seramai 103 mangsa daripada 24 keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS yang dibuka susulan kenaikan paras air dan limpahan sungai di kawasan terjejas.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Kuala Terengganu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila seramai 61 mangsa daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering.
“Selain itu, seramai 29 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS SK Kompleks Mengabang Telipot di daerah Kuala Nerus.
“Manakala di Dungun, PPS Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan menempatkan 13 mangsa daripada dua keluarga,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak berkuasa kini mempertingkat pemantauan di kawasan berisiko berikutan episod hujan lebat berpanjangan dijangka berterusan sehingga Isnin ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








