BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

WhaleBuy perkenal program kesetiaan pengguna generasi keempat berasaskan nilai

KUALA LUMPUR – Transformasi ekonomi digital negara dijangka melangkah ke peringkat lebih dinamik apabila WhaleBuy Malaysia bersama Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) memperkenalkan Inisiatif Transformasi Ekonomi Digital.

Pengerusi WhaleBuy Group, Datuk Seri Lim Kor Kiat berkata, inisiatif itu menumpukan penggunaan teknologi baharu untuk memacu konsumsi berasaskan nilai, memperkukuh jenama tempatan dan membina ekosistem digital berimpak tinggi.

Beliau menjelaskan, sistem ganjaran keahlian kini memasuki generasi keempat selepas melalui tiga fasa utama sebelum ini, iaitu daripada buku cop, kad keahlian seumpama Bonuslink, sehinggalah platform e-dompet yang menukar mata ganjaran kepada produk atau servis.

Katanya, generasi baharu itu kini berasaskan teknologi rantaian blok (blockchain) yang membolehkan mata ganjaran token boleh berkembang serta digunakan untuk transaksi melalui platform dagangan.

“Dulu mata yang dikumpul tidak boleh berkembang, sekarang boleh. Mata ini juga boleh digunakan untuk transaksi, dijual beli menerusi platform perdagangan yang kini digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat melalui Genuine Act,” katanya.

Whalebuy
Pengerusi WhaleBuy Group, Datuk Seri Lim Kor Kiat.

Lim berkata, teknologi blockchain yang semakin diterima di pusat kewangan dunia seperti Hong Kong dan Singapura membuka masa depan lebih cerah kepada pembangunan sistem tokenisasi yang dibangunkan WhaleBuy.

Beliau menjelaskan, tiga sektor utama yang diberi tumpuan ialah industri runcit, perkhidmatan dan F&B, dengan penyediaan sistem perisian (softcode) serta aplikasi kepada peniaga untuk memudahkan pengguna membuat pembelian dan memperoleh mata ganjaran secara terus melalui aplikasi.

Dalam pada itu, Lim optimis kemunculan semula industri berasaskan tokenisasi bermula 2025 selepas Amerika Syarikat memperkenalkannya semula akan memperkukuh ekosistem digital global, sekali gus memberi kelebihan kepada WhaleBuy untuk meneroka pasaran lebih luas.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button