Kes tikam tukang masak: Tiga lelaki warga Myanmar direman 7 hari
BUKIT MERTAJAM – Tiga lelaki warga Myanmar termasuk dua beradik direman tujuh hari selepas disyaki terlibat dalam kes menikam seorang tukang masak wanita sehingga maut di sebuah restoran di Lorong Bukit Juru, malam tadi.
Ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 8.45 pagi tadi untuk proses reman, memetik laporan Buletin TV3.
Majistret Roshayati Radellah membenarkan reman sehingga 23 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurut maklumat awal, kejadian berlaku pada pukul 9 malam apabila suspek utama bersama beberapa rakannya, berusia lingkungan 30-an mengunjungi restoran dalam keadaan mabuk.
Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan rasa makanan yang dihidangkan.
Pertengkaran tercetus antara suspek dan mangsa yang juga warga Myanmar. Suami mangsa kemudiannya cuba menghalau mereka dari restoran.
Bagaimanapun salah seorang suspek memanggil abangnya sebelum kembali dan menikam mangsa menggunakan sebilah pisau, mengakibatkan kematian wanita tersebut.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat, manakala suami mangsa turut dirawat di hospital sama kerana mengalami kecederaan semasa cuba melindungi isterinya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







