POLITIK

PRN Sabah: LDP tidak letak calon, mahu terus sokong kempen GRS

KOTA KINABALU – Parti Liberal Demokratik (LDP) memutuskan tidak akan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada 29 Nov ini.

Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin bagaimanapun berkata, partinya yang merupakan anggota komponen GRS, akan memberikan sokongan penuh kepada gabungan itu dalam kempen pilihan raya berkenaan, lapor Borneo Post.

Katanya, kepimpinan parti membuat keputusan tersebut selepas membuat pertimbangan secara teliti faktor politik dan ekonomi.

Tambahnya, LDP kekal konsisten menyokong GRS demi menjamin kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang Sabah.

“Pertukaran kerajaan yang kerap tidak semestinya menjamin pentadbiran yang lebih baik atau kemakmuran ekonomi. Sebaliknya, ketidakstabilan politik boleh menjejaskan keyakinan pelabur dan menghalang kemajuan Sabah,” katanya.

Sebeagai rekod, LDP merupakan salah satu daripada enam parti komponen GRS yang diterajui oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Parti itu sebelum ini adalah komponen Barisan Nasional (BN), namun keluar daripada gabungan itu selepas PRU 2018, yang menyaksikan BN tumbang di peringkat persekutuan dan negeri.

LDP bertanding secara solo dalam PRN 2020, dengan menurunkan 46 calon tetapi tewas di semua kerusi, sebelum menyertai GRS pada April 2023.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button