SUKAN

Piala Tun Ali 2025: Putrajaya yakin beri saingan, hargai sokongan PPj

MELAKA – Pasukan sepaktakraw Putrajaya optimis mampu memberikan saingan sengit pada Kejohanan Sepaktakraw Piala Tun Ali 2025 yang berlangsung di Dewan Bolakeranjang MBMB, Bukit Serindit bermula 3 hingga 9 November ini.

Pengurus pasukan, Azam Shah Othman Basha berkata, meskipun undian menempatkan Putrajaya dalam kumpulan yang kompetitif, ia dilihat sebagai peluang terbaik untuk pasukan menonjolkan kemampuan.

Piala Tun Ali 2025: Putrajaya yakin beri saingan, hargai sokongan PPj
Pasukan Sepaktakraw Putrajaya pada sesi pengenalan gelanggang di Piala Tun Ali hari ini.

“Setiap pasukan mempunyai kekuatan tersendiri, tetapi kami melihat undian ini sebagai ruang untuk membuktikan kemampuan Putrajaya.Piala Tun Ali 2025: Putrajaya yakin beri saingan, hargai sokongan PPj

“Semangat pemain sangat positif dan kami yakin dengan persiapan yang telah dilakukan,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Putrajaya (PPj) atas sokongan padu kepada pasukan.

“Terima kasih kepada PPj yang banyak membantu dengan pelbagai bentuk sokongan. Bantuan ini menjadi pemangkin semangat pasukan untuk beraksi dengan terbaik,” katanya lagi.

Sementara itu, kapten pasukan, Mohammad Syahril Rosdi berkata, persediaan intensif selama tiga bulan termasuk beberapa perlawanan persahabatan memberi kelebihan dan keyakinan kepada pasukan.

“Kami menjalani latihan hampir setiap hari dengan jadual intensif. Perlawanan persahabatan membantu meningkatkan kemahiran dan tahap keserasian.

“Kami mahu tampil cemerlang kali ini serta memberi cabaran kepada pasukan lain,” katanya lagi.

Putrajaya tampil dengan kombinasi pemain berpengalaman dalam kategori regu dan kuadran di bawah bimbingan jurulatih Masnawi Misran.

Saingan edisi kali ini dijangka sengit dengan penyertaan pasukan pilihan seperti Selangor, Pahang dan Sabah, namun Putrajaya optimis dapat melakar kejayaan bermakna dan mengharumkan nama wilayah di pentas nasional.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button