BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Amai Residence: Rumah idaman di Putrajaya pada harga permulaan RM240,000

 

DENGAN tawaran akses yang strategik, perancangan kawasan yang sistematik serta persekitaran yang bebas sesak, Putrajaya sememangnya diketahui salah satu daripada lokasi premium untuk memiliki rumah.

Namun impian itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai memandangkan kebanyakan harga hartanah yang tinggi di kawasan tumpuan itu.

Bagi memenuhi impian gaya hidup kontemporari dan eksklusif masa kini, WeBest Sdn. Bhd. tampil memperkenalkan projek bernilai tinggi mereka iaitu Amai Residence.

Unit kediaman tiga kategori di Shafbury, Putrajaya itu ditawarkan pada harga permulaan RM240,000 bagi Rumah Selangorku, RM300,000 untuk Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan RM380,000 untuk unit terbuka.

Menariknya, kesemua unit ditawarkan pada keluasan 1,000 kaki persegi dengan kelengkapan tersedia seperti kabinet dapur, pendingin hawa dan pemanas air bagi unit terbuka (sahaja).

Pengarah WeBest, Calvin Chan berkata, projek itu merupakan penampilan sulung syarikatnya di Lembah Klang selepas lebih 30 tahun tertumpu di Melaka.

Borhan Aman Shah (tiga dari kanan) bersama barisan pengarah WeBest Sdn Bhd semasa perasmian projek Amai Residence di Putrajaya, semalam.

“Kini persepsi ‘memilik kediaman di Putrajaya sesuatu yang mustahil’ bakal berubah melalui pelancaran Amai Residence.

“Tawaran ini ibarat gerbang kepada mereka yang mahu menikmati gaya hidup eksklusif Putrajaya, tanpa perlu bebanan kewangan.

“Ini juga simbol komitmen kami dalam menyediakan rumah berkualiti tinggi pada harga berpatutan,” katanya pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah.

Calvin berkata, dengan lokasi yang begitu hampir dengan pusat pentadbiran kerajaan, Amai Residence sesuai untuk pembeli rumah pertama, penjawat awam mahupun pelabur yang mencari hartanah bernilai tinggi.

“Terletak di Shaftsbury Putrajaya, projek ini mempunyai akses mudah ke Cyberjaya, Bangi, Dengkil dan Sepang.

“Kolej, hospital, pusat beli-belah dan pelbagai kemudahan awam lain juga berada dalam jangkauan dekat, menjadikan kehidupan seharian lebih praktikal dan selesa,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan projek itu juga tidak hanya tertumpu kepada aspek perumahan semata-mata, sebaliknya turut memberi perhatian kepada kesinambungan dasar kerajaan dalam menggalakkan projek perumahan yang lebih mampan.

Calvin turut optimis bahawa dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, Putrajaya akan terus berkembang sebagai sebuah bandar pintar dan bandar hijau di Malaysia.

Serentak dengan pelancaran itu, beliau memaklumkan lebih daripada 50 peratus daripada unit kediaman dua blok itu telah terjual.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button