MyCreative Ventures bantu Monosterio jayakan album baharu ‘Tari Warna’
KUALA LUMPUR – Kumpulan Monosterio menzahirkan penghargaan kepada MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi atas sokongan dalam menjayakan penghasilan album terbaharu mereka berjudul “Tari Warna”.

Ketua kumpulan merangkap pemain dram Monosterio, Anep berkata, bantuan serta geran yang disalurkan oleh MyCreative Ventures menjadi pemangkin utama kepada kejayaan projek tersebut yang menandakan ulang tahun ke-20 perjalanan muzik kumpulan itu.

“Kita nak ucapkan ribuan terima kasih kepada MyCreative Ventures dan juga Kementerian Komunikasi kerana bagi kita ruang dan geran untuk hasilkan album terbaru Monosterio.
“Kepada semua band di luar sana, saya nak pesan semak peluang yang MyCreative Ventures tawarkan. Korang pun ada peluang untuk hasilkan album sendiri,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album berkenaan di BEKL, Bandar Tasik Permaisuri, di sini hari ini.
Album “Tari Warna” terbitan Asia Empire Record menampilkan 15 buah lagu termasuk dua single utama, “Boneka” dan “Tari Warna”, yang turut disertai muzik video rasmi.
Album berkenaan dilancarkan serentak di Malaysia dan Indonesia, dengan siaran serentak di 50 stesen radio seluruh Indonesia. Ia juga boleh didapati melalui laman rasmi kumpulan di www.monosterio.com serta di semua platform penstriman muzik utama.
Menurut Anep, pelancaran album ini bukan sekadar satu pencapaian, tetapi juga satu simbol bahawa industri muzik Malaysia masih relevan dan terus berkembang.
“Kami harap Tari Warna jadi inspirasi untuk pemuzik tanah air lain terus berkarya secara bebas dan yakin bahawa muzik tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan negara lain,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








