HIBURANJENAYAH & MAHKAMAH

Nubhan pernah lafaz cerai, rujuk semula pada tahun 2017

SEPANG – Penyanyi dan ahli perniagaan, Ahmad Nubhan Ahamad, 39, pernah bercerai dengan isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek pada tahun 2017 dan telah rujuk semula tanpa membawa perkara itu ke mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan peguam Afifah Hidayah, Datuk Akberdin Abd Kader ketika ditemui media sebaik tiba di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Sepang, hari ini.

Datuk Akberdin Abd Kader
Datuk Akberdin Abd Kader

“Hari ini adalah tarikh sebutan pertama untuk permohonan suami kepada anak guam saya untuk failkan dua cerai iaitu satu rujuk.

“Pada 2017 dia pernah lafaz sekali dan dia rujuk dalam tempoh yang dekat tapi yang itu belum didaftarkan dan rujuk juga tidak didaftarkan.

“Jadi hari ini dalam permohonan dia failkan kedua-dua sekali dua talak. Hakim akan putuskan sama ada dia akan dengar kedua-dua sekali atau pendengaran talak dan rujuk dahulu baru pengesahan (cerai) kedua ini,” katanya.

Sementara itu, Nubhan mengakui dia hanya mengharapkan yang terbaik.

“Doakan yang terbaik untuk apa yang telah berlaku. Saya pun tak dapat nak beri jawapan sekarang,” katanya sebelum memasuki Dewan Bicara.

Dalam pada itu, Afifah Hidayah pula enggan menjawab sebarang pertanyaan sebaik tiba kira-kira pukul 9.45 pagi.

Terdahulu, media melaporkan bintang Akademi Fantasia musim keenam itu telah bercerai dengan isterinya selepas perkongsian hidup selama 10 tahun.

Pasangan itu diijab kabul pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button