Pejuang Hamas tembak mati kumpulan pengkhianat bantu rejim Zionis
GAZA – Sebuah rakaman video yang tular dari Gaza memperlihatkan beberapa individu bersenjata dipercayai anggota Hamas menembak mati penduduk Palestin yang didakwa bersekongkol dengan tentera Israel.
Dalam video berkenaan, kedengaran laungan keagamaan di jalanan ketika kumpulan bersenjata itu menembak suspek “pengkhianat” secara terbuka tanpa perbicaraan.
Tindakan tersebut dipercayai sebagai isyarat bahawa Hamas sedang mengukuhkan semula kawalan di wilayah berkenaan selepas pengunduran tentera Israel dari beberapa kawasan di Gaza.
Menurut laporan media antarabangsa, kejadian itu turut disusuli pertempuran dalaman antara Hamas dengan keluarga dan kumpulan pesaing tempatan termasuk klan Daghmash dan Darmoush yang dilaporkan mengorbankan puluhan nyawa.
Rakaman berkenaan menambah kebimbangan terhadap keadaan huru-hara dan ketakutan yang semakin meningkat di Gaza, ketika wilayah itu masih bergelut dengan ketidakstabilan politik dan kemanusiaan di tengah-tengah gencatan senjata yang rapuh.
Walaupun Hamas belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan, pemerhati antarabangsa menzahirkan kebimbangan terhadap pelanggaran hak asasi manusia dan keganasan dalaman yang semakin meningkat di wilayah yang telah lama terkesan akibat konflik berpanjangan dengan Israel.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














