DUN Sabah diumum bubar hari ini?
KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan mengadakan perjumpaan dengan wakil rakyat kerajaan negeri di Menara Kinabalu di sini, pukul 2 petang ini.
Pertemuan berkenaan disahkan Jabatan Ketua Menteri Sabah menerusi jemputan liputan media yang dikeluarkan, sebentar tadi.
“Perjumpaan diadakan di Dewan Bankuasi, Aras 3, Menara Kinabalu,” menurut jemputan liputan media itu.
Terdahulu, kenderaan yang membawa Ketua Menteri dilihat memasuki Istana Seri Kinabalu pada 8.51 pagi, diikuti kenderaan membawa yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman pada 9.20 pagi.
Kenderaan Hajiji kemudiannya dilihat meninggalkan Istana Kinabalu kira-kira 10.20 pagi.
Jemoutan berkenaan tidak menyebut mengenai sidang media pembubaran Sewan Undangan Negeri (DUN) namun spekulasi mengenainya semakin bertiup kencang selepas Hajiji menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Negeri Seri Kinabalu pagi tadi.
Difahamkan, pertemuan itu adalah bagi mendapat perkenan pembubaran DUN Sabah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








