JENAYAH & MAHKAMAH

Polis seru saksi kemalangan maut tampil beri maklumat

KEPALA BATAS – Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan yang mengorbankan dua lelaki di Jalan Permatang Baru, di sini semalam, supaya tampil membantu siasatan.

Dalam kejadian pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa yang terdiri daripada pemandu dan penumpang belum berjaya dikenal pasti kerana kereta dinaiki mereka musnah terbakar.

Difahamkan, lereta Proton Saga dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh timbunan tanah di kiri jalan sebelum terbakar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kawasan itu menerima maklumat daripada orang awam berkenaan nahas berkenaan.

Katanya, siasatan awal di lokasi mendapati kereta dipandu oleh individu berkenaan membawa seorang penumpang itu datang dari arah Permatang Tiga menghala ke Sungai Dua.

“Kemalangan telah mengakibatkan dua mangsa dipercayai pemandu dan penumpang rentung dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Jasad kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Kepala Batas (HKB) untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Jelasnya, individu yang mempunyai maklumat diminta dapat tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Seberang Perai Utara di talian 04-5757946.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button