BERITA SEMASA

Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar kereta ketika berbasikal

KUANTAN – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang sedang menunggang basikal maut dilanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) di taman perumahan di Kampung Padang Jaya 2, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa, Muhammad Azzim Imni Mohd Faizal yang juga murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Kampung Padang, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati seorang pemandu wanita berusia 33 tahun sedang melalui Lorong Kampung Padang Jaya 14 menuju ke Jalan Kampung Padang Jaya 8 untuk ke Sungai Lembing.

“Apabila sampai di tempat kejadian, ketika MPV sedang bergerak lurus, secara tiba-tiba mangsa yang menunggang basikal melintas dari lorong kiri ke kanan jalan untuk pulang ke rumahnya Lorong Kampung Padang Jaya 15.

“Disebabkan jarak yang terlalu dekat, pemandu MPV tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa. Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button