14 rakyat Malaysia dalam Global Sumud Flotilla ditahan Israel
KUALA LUMPUR – Jumlah terkini peserta Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia yang dipercayai ditahan pihak berkuasa Israel adalah seramai 14 orang.
Menurut kemas kini terkini Sumud Nusantara, empat yang terbaharu ditahan adalah masing-masing dua rakyat Malaysia dari dua buah kapal iaitu Hio dan Fair Lady.
Peserta Sumud Nusantara di Fair Lady adalah Zainal Rashid Ahmad dan Ustaz Muhammad manakala peserta di kapal Hio adalah Heliza Helmi dan Hazwani Helmi.
“Pada 2 Oktober 2025, salah sebuah kapal delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) iaitu kapal Hio telah dipintas oleh rejim zionis di perairan antarabangsa pada jam 2:34 pagi waktu Gaza.
“Kapal ini membawa seramai 2 orang delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“No More Silence. No More Siege,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan terdahulu, Sumud Nusantara melaporkan seramai 12 warga Malaysia yang berada di atas kapal Alma, Surius, Adara, Spectra, Huga dan Dir Yassine ditahan tentera Israel dalam serbuan malam tadi.
Kejadian berlaku pada puku 9.47 malam (3 pagi waktu Malaysia) ketika konvoi flotila yang dianggotai oleh peserta 44 negara itu sedang menuju ke Gaza dengan baki perjalanan sejauh 63 batu nautika.
Setakat jam 5.30 pagi waktu Malaysia, sebanyak 16 buah bot lain dilaporkan mengaktifkan isyarat kecemasan (SOS) selepas komunikasi langsung dengan peserta misi terputus.
Difahamkan, kapal perang Israel kini membentuk susunan seakan ‘pagar laut’ bagi menyekat laluan flotila, selain mengeluarkan amaran melalui radio dan melepaskan tembakan meriam air ke arah bot sukarelawan.
Berikut adalah senarai nama rakyat Malaysia ditahan tentera Israel.
Alma
-Iylia Balqis
-Musa Nuwayri
-Sul Aidil
Sirius
-Haikal Abdullah
-Muaz Zainal
-Zulfadhli Khairudin
-Rusydi Ramli
HIO
-Heliza Helmi
-Hazwani Helmi
Grande Blu
-Farah Lee
-Danish Nazram
Huga
-Zizi Kirana
Fair Lady
-Zainal Rashid Ahmad
-Ustaz Muhammad
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















