Label misi flotila GSF tidak sah, dunia saksi pembohongan Israel
KUALA LUMPUR – Tindakan Israel melabel misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebagai tidak sah jelas membuktikan retorik dan helah negara haram itu untuk terus menutup jenayah perang yang dilakukan ke atas penduduk Palestin.
GSF dalam kenyataan medianya berkata, tindakan Israel itu tidak lain tidak bukan adalah cubaan untuk ‘menulis semula’ undang-undang antarabangsa mengikut rentak dan versi tersendiri.
Sedangkan kata GSF, pelayaran bermisi kemanusiaan yang digerakkan itu tidak sepatutnya dinafikan hak bahkan sebarang serangan atau halangan adalah bercanggah dengan undang-undang antarabangsa.
“Undang-undang antarabangsa jelas menyatakan orang awam yang terlibat dalam misi kemanusiaan adalah dilindungi. Mana-mana serangan atau halangan terhadap GSF merupakan pelanggaran Konvensyen Geneva,” tegas kenyataan itu.
Israel sebelum ini mendakwa flotila yang disertai orang awam tersebut sebagai ‘ancaman keselamatan’ yang dilihat akan digunakan sebagai alasan untuk menafikan usaha bantuan berkenaan.
Bagaimanapun, GSF menegaskan pihaknya akan tetap meneruskan pelayaran ke Gaza bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan meskipun berdepan pelbagai halangan dari Israel.
“Dunia mesti menolak pembohongan ini, mempertahan tindakan kemanusiaan, melindungi lebih 500 sukarelawan yang berlayar untuk memecahkan kepungan dan bertindak tegas bagi menamatkan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.
“Tanpa gentar, kami terus menuju ke Gaza sebuah wilayah yang berdepan pengeboman berterusan oleh Israel, kebuluran, dan perpindahan besar-besaran,” tegas GSF.

konvoi pelayaran disertai oleh lebih 50 buah kapal itu kini sedang bergerak dan dijangka memasuki kawasan perairan Gaza dalam masa empat hari lagi.
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini pelayaran GSF melalui saluran berikut;
Instagram: @globalsumudflotilla
Twitter/X: @gbsumudflotilla
Telegram: https://t.me/globalsumudflotilla
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








