BERITA SEMASA

MARA kembali hantar pelajar perubatan dan pergigian ke Mesir

KUALA LUMPUR – Seramai 42 pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan berlepas ke Mesir bagi mengikuti pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian di Universiti Al-Azhar.

MARA kembali hantar pelajar perubatan dan pergigian ke Mesir
Bersama pelajar tajaan MARA

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penghantaran semula itu mencatat sejarah baharu kerana kali terakhir pelajar tajaan ke bidang perubatan dihantar pada tahun 2013 manakala bidang pergigian pada tahun 2019.

MARA kembali hantar pelajar perubatan dan pergigian ke Mesir
MARA kembali hantar pelajar perubatan dan pergigian ke Mesir

“Langkah ini seiring dengan dasar kerajaan untuk memperluaskan peluang pendidikan dalam bidang kritikal dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding universiti tempatan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.MARA kembali hantar pelajar perubatan dan pergigian ke Mesir

Beliau berkata, hasil rundingan dengan Presiden Universiti Al-Azhar awal tahun ini, MARA berjaya memperoleh pengurangan yuran pengajian iaitu hanya RM90,000 bagi setiap pelajar perubatan untuk tempoh lima tahun.

“Ini merupakan penjimatan besar demi kelangsungan pendidikan anak bangsa,” katanya lagi.

Dalam program pra pelepasan pelajar tajaan MARA sesi 2025 di Anjung Korporat MARA hari ini, turut diumumkan seramai 91 pelajar lain akan berangkat ke Korea Selatan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang strategik termasuk automasi dan teknologi maklumat.

Dr Asyraf turut menzahirkan keyakinan bahawa semua pelajar yang terpilih mampu menimba ilmu dengan sebaiknya dan kembali sebagai tenaga pakar yang berkhidmat kepada negara.

“Melihat kesungguhan serta cita-cita besar mereka, saya yakin anak-anak ini akan menjadi duta kecil negara dan insya Allah kembali berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button