BERITA SEMASA

Banjir Sabah: PM arah IPG Kampus Gaya, pangsapuri Country Heights dibaiki segera

KOTA KINABALU – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan supaya Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan pangsapuri Country Heights Penampang yang terjejas teruk akibat bencana banjir dibaiki segera.

Perdana Menteri berkata, justeru beliau telah mengarahkan agensi persekutuan dan kerajaan negeri untuk menyegerakan proses baik pulih dan meneliti keperluan peruntukan tambahan.

“Keutamaan ketika ini adalah memulihkan tempat tinggal serta barangan keperluan asas mangsa,” katanya ketika meninjau sendiri kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di negeri ini.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa melakukan tinjaun banjir di Panampang, Sabah. 19 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

Di sebalik ujian ini, Perdana Menteri turut terharu melihat ketabahan orang Sabah yang masih mampu tersenyum ketika bertemu mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis dan Kampung Sarapung.

“Insya-Allah, seluruh jentera kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya memulihkan kehidupan kalian secepat mungkin.

“Penghargaan tertinggi saya kepada pasukan keselamatan, pengurusan bencana dan sukarelawan yang telah menyabung nyawa demi memastikan keselamatan rakyat yang terkesan,” katanya.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa melakukan tinjaun banjir di Panampang, Sabah. 19 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

Sementara itu Anwar turut merakamkan ucapan takziah dan penghormatan tertinggi buat Allahyarham Masedeh Rosmin yang gugur ketika bertugas.

“Pengorbanan mu demi rakyat Sabah pasti dikenang selamanya.

“Tidak terkecuali petugas Sabah Electricity yang bekerja tanpa henti memulihkan bekalan elektrik yang terjejas.

“Saya turut rakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah dan jentera kerajaan negeri yang bertindak pantas sejak hari pertama bencana, dengan menumpukan sepenuh perhatian pada keselamatan serta kebajikan rakyat.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa melakukan tinjaun banjir di Panampang, Sabah. 19 September 2025. FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

“Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada semua yang terkesan dan mempermudahkan usaha kita bersama dalam memulihkan kehidupan rakyat Sabah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button