LUAR NEGARA

Kerajaan Sepanyol batal kontrak beli senjata Israel

MADRID – Kerajaan Sepanyol mengambil langkah berani membatalkan kontrak besar bernilai hampir 700 juta euro (RM3.45 bilion) bagi pembelian pelancar roket buatan Israel, 9 Sept lalu.

Menurut AFP, kontrak tersebut melibatkan pembelian 12 sistem pelancar roket SILAM berasaskan teknologi syarikat Israel, Elbit Systems, yang dianugerahkan kepada konsortium firma Sepanyol pada Oktober 2023.

Sekiranya diteruskan, Elbit dijangka menerima sekitar 150 juta euro (RM741 juta) daripada projek itu.

Selain itu, Sepanyol turut memuktamadkan pembatalan kontrak lain bernilai 287 juta euro (RM1.42 bilion) bagi 168 pelancar peluru berpandu anti-kereta kebal yang dibangunkan dengan lesen syarikat Israel.

Pembatalan itu susulan pengumuman Perdana Menteri, Pedro Sánchez, mengenai dekri baharu yang mengharamkan sebarang urus niaga jual beli peralatan ketenteraan dengan Israel, sebagai bantahan terhadap apa yang digelar kerajaan beliau sebagai “genosid di Gaza”.

Kerajaan turut mengesahkan semakan menyeluruh sedang dilakukan untuk menghapuskan sepenuhnya penggunaan senjata dan teknologi Israel daripada angkatan tentera Sepanyol.

Langkah tegas Madrid itu sekali lagi menonjolkan Sánchez sebagai antara pemimpin Eropah paling lantang mengkritik dasar Israel di Gaza, selepas beliau sebelum ini menuduh Tel Aviv melakukan ‘genosid’ serta mengiktiraf negara Palestin pada 2024.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button