Kumpulan Houthi akan sambung serangan ke atas Israel, Laut Merah
SAN’A – Kumpulan Houthi di Yaman akan menyambung semula serangan peluru berpandu dan dron ke atas laluan perkapalan di Laut Merah serta terhadap Israel sebagai tanda sokongan kepada Iran.
Menurut Reuters, perkara itu dimaklumkan oleh dua pegawai kanan Houthi yang enggan dinamakan kerana tiada pengumuman rasmi daripada kepimpinan Houthi.
Salah seorang pegawai berkata, serangan pertama itu boleh berlaku seawal “malam ini”.
Kumpulan Houthi sebelum ini menghentikan serangan ke atas laluan perkapalan di Laut Merah sebagai sebahagian daripada perjanjian dengan pentadbiran Donald Trump yang turut menghentikan serangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Houthi.
Mereka juga menghentikan serangan terhadap Israel selepas gencatan senjata pada Oktober yang menamatkan pertempuran besar di Gaza.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








