E-mel ugutan terhadap ahli politik, PDRM mohon bantuan MCMC
SUBANG JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memohon bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) berhubung e-mel ugutan yang mengandungi tangkap layar video lucah membabitkan beberapa ahli politik baru-baru ini.
Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, permohonan sudah dihantar kepada agensi berkenaan.
“Suspek sedang dikenal pasti, pihak kami sudah hantar permohonan ke agensi berkaitan untuk dapatkan butiran penghantar,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.
Laporan media semalam menyebut, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa menerima ugutan video lucah kononnya membabitkan dirinya dan seorang lelaki yang dikirim melalui satu emel tidak dikenali, semalam.
E-mel tersebut turut memeras ugut wang berjumlah AS$100,000 (RM420,000) jika tidak mahu video itu disebarkan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selain Rafizi, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Sungai Petani, Mohammed Taufiq Johari; dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi turut menjadi mangsa ugutan siber dengan penyebaran video lucah berunsur AI yang serupa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








