BERITA SEMASA

31 akaun palsu guna nama Pusat Respons Scam Kebangsaan dipadam

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti dan memadam 31 akaun palsu di Facebook yang menyalahgunakan nama Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).

Menurut MCMC, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai, malah turut menggugat usaha serta menjejaskan fokus NSRC dalam melindungi masyarakat daripada jenayah penipuan dalam talian.

“MCMC menegaskan bahawa maklumat rasmi mengenai NSRC hanya boleh diperoleh melalui saluran agensi penguat kuasa yang sah.

“Orang ramai digesa sentiasa berwaspada, melaporkan sebarang akaun atau mesej meragukan kepada pihak berkuasa, serta bersama mempertahankan integriti NSRC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, MCMC akan terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), NSRC dan penyedia platform media sosial bagi mengekang penyebaran akaun serta maklumat palsu, demi keselamatan pengguna internet di Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button