JENAYAH & MAHKAMAH

Hina Pak Lah: Pentadbir akaun FB dipenjara 10 bulan, denda RM50,000 buat komen jelik melampau

MIRI – Seorang pentadbir akaun Facebook hari ini dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan serta denda RM50,000 kerana memuat naik komen yang bersifat jelik melampau serta menyinggung sensitiviti agama Islam berhubung pemergian mantan Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hukuman dijatuhkan ke atas tertuduh, John Mule anak Alai oleh hakim, Afidah Abdul Rahman di Mahkamah Sesyen 1, di sini hari ini.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana menggunakan perkhidmatan aplikasi secara tidak wajar dengan memuat naik penghantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk mengganggu mana-mana orang.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh selaku pentadbir akaun Facebook ‘Bat Tuo Sai’ telah memuat naik komen yang mencerca dan penghinaan terhadap ayat suci al-Quran dan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi pada hantaran Facebook Astro Awani berkaitan berita pemergian beliau.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan platform digital yang boleh menghina agama, mencetuskan kebencian atau menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“(Sehubungan itu) Orang ramai diingatkan supaya menggunakan media sosial secara berhemah, bertanggungjawab serta mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

“Sebarang kandungan yang bersifat menghina, menghasut kebencian atau menyinggung sensitiviti kaum, agama dan institusi diraja boleh dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang,” kata MCMC dalm kenyataan tersebut, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button