Tentera rejim zionis isytihar Gaza City ‘zon pertempuran bahaya’
LONDON – Tentera rejim zionis hari ini mengisytiharkan kawasan Gaza City sebagai ‘zon pertempuran berbahaya’ ketika unit tenteranya bersiap sedia untuk melancarkan serangan sepenuhnya ke atas kawasan yang sudah musnah teruk itu.
Tentera rejim dalam hantaran di akaun X miliknya berkata: “Selaras dengan penilaian situasi dan arahan kepimpinan politik, bermula pukul 10 pagi waktu tempatan) hari ini, pemberhentian sementara pergerakan taktikal ketenteraan tidak lagi terpakai di kawasan Gaza City, yang kini dianggap sebagai zon pertempuran berbahaya.
“Pasukan tentera akan terus menyokong usaha kemanusiaan sambil menjalankan operasi bagi melindungi Israel.”
Menurut The Guardian, pesawat pejuang dan kereta kebal dilaporkan kembali mengebom beberapa kawasan di Gaza City sepanjang minggu lalu, manakala kereta kebal serta kenderaan perisai Israel turut dikerahkan ke pinggir bandar tersebut.
Sekitar satu juta penduduk Palestin dijangka dipaksa berpindah akibat pergerakan ketenteraan yang diperluas ini, termasuk ramai warga yang sudah uzur atau terlalu tua untuk terus bergerak.
Badan makanan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengisytiharkan bahawa kebuluran sedang berlaku di kawasan berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








