BERITA SEMASA

Budak perempuan 12 tahun dalang jual bahan lucah di WhatsApp

KUALA LUMPUR – Polis menumpaskan kegiatan menjual bahan lucah menerusi aplikasi WhatsApp yang didalangi seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bersama empat rakannya, dedah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin berkata, kegiatan itu dibongkar tahun ini hasil kerjasama rentas kementerian.

“Kanak-kanak terbabit membangunkan laman sesawang lucah dengan bantuan empat rakannya. Mereka kemudian menubuhkan kumpulan WhatsApp dengan keahlian seramai 762 orang, berkongsi gambar anggota badan masing-masing sebelum dijual.

“Kanak-kanak itu turut berhenti sekolah kerana pendapatannya jauh lebih tinggi daripada gaji ibu bapanya,” katanya ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PN-Jerai) mengenai usaha penyelarasan KDN bersama kementerian lain bagi membendung awal jenayah swinger dalam talian daripada menjadi budaya.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, cabaran timbul kerana undang-undang menghadkan tindakan terhadap kanak-kanak terbabit.

“Mereka tidak boleh dibawa ke mahkamah terbuka. Jika tindakan dikenakan, SUHAKAM akan kata mereka masih kanak-kanak. Persoalannya, apa masa depan mereka nanti?

“Sebab itu setiap kali kes sebegini berlaku, kita perlu libatkan pelbagai agensi untuk mencari pendekatan penguatkuasaan yang sesuai,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button