Calon Presiden Colombia meninggal dunia setelah dua bulan bertarung nyawa
Ditembak ketika sedang berkempen Jun lalu
BOGOTA – Senator Colombia, Miguel Uribe yang ditembak dua bulan lalu ketika berkempen untuk mendapat pencalonan parti bagi pilihan raya presiden akan datang, meninggal dunia semalam.
Dalam kejadian pada 7 Jun itu, Uribe ditembak di kepala ketika sedang berkempen.
Susulan kejadian, mendiang telah menjalani beberapa siri pembedahan.
Pihak hospital dalam satu kenyataan berkata, mendiang menunjukkan sedikit kemajuan pada bulan Julai, namun keadaannya merosot hujung minggu lalu akibat pendarahan dalam sistem saraf tunjangnya.
Pembunuhan Uribe mengingatkan kembali memori keganasan politik yang dahsyat di Colombia pada masa lalu.
Pada 1980-an dan 1990-an, empat calon presiden terbunuh dalam serangan berasingan yang dikaitkan dengan kartel dadah yang bersekutu dengan skuad kematian paramilitari sayap kanan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








