Dua anggota Pengawal Nasional parah ditembak berhampiran White House
WASHINGTON – Dua anggota Pengawal Nasional dilaporkan cedera parah selepas ditembak dalam satu insiden berhampiran White House semalam, menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat.
Kedua-dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita ditembak di luar stesen Metro Farragut West sekitar pukul 2.20 petang (waktu tempatan) pada 26 semalam, memetik laporan The Guardian.
Sementara itu seorang suspek yang berada dalam keadaan kritikal telah ditahan.
Jabatan Polis Metropolitan memaklumkan lokasi kejadian telah dipastikan selamat dengan kerjasama pelbagai agensi persekutuan termasuk FBI, Perkhidmatan Marshal Amerika Syarikat dan Biro Alkohol, Tembakau dan Senjata Api (ATF).
Menurut Pentagon, Presiden Donald Trump telah mengarahkan tambahan 500 anggota tentera dihantar ke Washington D.C. sebagai respons kepada kejadian tembakan itu.
Trump yang kini berada di Florida bagi sambutan Thanksgiving telah dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.
Dalam kenyataan di media sosial, beliau mengecam serangan tersebut dan menyifatkan penyerang sebagai ‘binatang’ selain menegaskan sokongan penuh kepada Pengawal Nasional dan pasukan penguat kuasa undang-undang.
White House turut diletakkan di bawah sekatan keselamatan sejurus kejadian, namun tahap amaran telah diturunkan kemudian.
Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kristi Noem memaklumkan, pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Insiden ini berlaku ketika lebih 2,100 anggota Pengawal Nasional masih ditempatkan di Washington D.C, satu operasi persekutuan yang diluluskan oleh Trump sejak Ogos lalu.
Penempatan tersebut mencetuskan kontroversi dan menerima tentangan undang-undang daripada pihak pentadbiran bandar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








