PRN Sabah: WARISAN mahu letak calon di 73 kawasan
SEMPORNA – Parti Warisan (WARISAN) akan bertanding sebanyak 73 kerusi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah nanti
Perkara itu disahkan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdalyang turut berkata, semua calon yang berpotensi untuk bertanding di semua kerusi itu juga sudah disenaraikan.
“Kita bertanding 73 kerusi yang ada dan kita pun sudah mempunyai calon berpotensi. Kita cuma tinggal menunggu pengumuman (tarikh PRN17) sahaja lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Imam Laggu, Jalan Kunak-Semporna, malam tadi.
Beliau kemudian turut menyenaraikan tiga kriteria utama calon yang dipilih pihaknya untuk bertanding dalam PRN17 Sabah kelak.
“Pertama, calon yang boleh menang. Kedua, calon yang jangan melompat (keluar dari parti) dan ketiga calon yang perlu memberi perkhidmatan kepada rakyat.
“Kita tidak mahu esok bila jadi calon, jadi Yang Berhormat, rakyat yang ditinggalkan dan merosakkan parti. Jangan tutup pintu (tidak berkhidmat kepada rakyat), bila sudah datang PRN seterusnya, dia (bakal calon) tutup undinya.
“Ini kebimbangan kita. Kita pastikan supaya amalan perkhidmatan kita kepada rakyat ada kelangsungan dan jangan bermusim,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







