LUAR NEGARA

Perang Iran-Israel: Sekurang-kurangnya 1,060 rakyat Iran terbunuh

DUBAI – Iran mendedahkan sekurang-kurangnya 1,060 rakyatnya terbunuh dalam perang selama 12 hari dengan Israel, baru-baru ini.

Angka tersebut didedahkan Ketua Yayasan Syuhada dan Hal Ehwal Veteran, Saeed Ohadi ketika muncul dalam dalam satu temu bual yang disiarkan oleh televisyen kerajaan Iran lewat malam Isnin (waktu tempatan).

Saeed Ohadi
Saeed Ohadi

Saeed bagaimanapun memberi amaran angka tersebut mungkin bertambah memandangkan tahap kecederaan serius yang dialami oleh sebahagian mangsa, lapor AP.

Sepanjang 12 hari peperangan tersebut, Iran tidak mendedahkan kesan serangan bom Israel yang telah melumpuhkan sistem pertahanan udaranya, memusnahkan tapak-tapak ketenteraan dan merosakkan fasiliti nuklear negara itu.

Bagaimanapun, sejak gencatan senjata dilaksanakan, negara itu mula mengakui tahap kemusnahan yang berlaku secara berkala.

Sementara itu, kumpulan Human Rights Activists yang berpangkalan di Washington melaporkan 1,190 orang terbunuh, termasuk 436 orang awam dan 435 anggota pasukan keselamatan manakala 4,475 orang cedera.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button