BERITA SEMASADALAM NEGERIJENAYAH & MAHKAMAH

Petani muat naik komen jelik dihantar ke penjara, gagal bayar ikat jamin

SEPANG – Seorang petani kampung dihantar ke penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas gagal membayar jaminan RM7,000 atas pertuduhan memuat naik komen jelik berunsur perkauman dan keagamaan di Facebook.

Tertuduh, Mohammad Faisal Mohd Yusof, 36, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar menggunakan akaun Facebook atas nama “Mohd Faisal Yusop” memuat naik hantaran komen jelik pada 9 Februari 2025, kira-kira pukul 12.40 pagi.

Komen itu dipercayai dilihat oleh pihak berkuasa pada hari sama sekitar pukul 1.40 petang di Menara MCMC 1, Jalan IMPACT, Cyber 6, Cyberjaya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) serta boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum dengan denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya, selain denda tambahan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin, namun beliau gagal membayarnya dan diperintahkan untuk ditahan di penjara sehingga tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab.

Mahkamah menetapkan 8 Ogos sebagai tarikh sebutan semula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button