BERITA SEMASA

Amir Hamzah galas tugas, fungsi Menteri Ekonomi

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

Menurut Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, perkara itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perdana Menteri (juga) telah memaklumkan Jemaah Menteri yang bersidang pad 25 Jun (kelmarin) bahawa beliau telah bersetuju (dengan perkara itu),” kata Shamsul Azri dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, tugas utama Amir Hamzah ketika ini adalah untuk mengolah dan merombak semula intipati naskah Rancangan Malaysia ke-13 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai 2025.

Jawatan Menteri Ekonomi kosong apabila Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatannya berkuatkuasa 17 Jun lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button