Penggubalan akta jerebu rentas sempadan perlu penelitian lengkap
KUALA LUMPUR – Satu akta khusus bagi menangani pencemaran jerebu rentas sempadan mungkin akan digubal namun pelaksanaannya memerlukan penelitian mendalam, khususnya dalam aspek pembuktian dan penguatkuasaan.
Menurut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Syed Ibrahim Syed Noh, cabaran utama ialah mendapatkan bukti mencukupi bagi mengenal pasti punca pencemaran serta pihak yang bertanggungjawab.
“Cabaran utama dalam pelaksanaan undang-undang ini ialah mendapatkan bukti yang mencukupi untuk mengenal pasti punca pencemaran dan pihak yang bertanggungjawab.
“Ini termasuk mendapatkan maklumat mengenai lokasi dan koordinat kawasan kebakaran, pemilikan tanah, pihak yang menjalankan aktiviti di kawasan berkenaan serta bukti yang mengaitkan kejadian kebakaran dengan pencemaran jerebu.
“Perkara ini memerlukan penelitian mendalam kerana mendapatkan maklumat sedemikian sememangnya satu cabaran,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan, pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Tambahnya, penggubalan undang-undang itu bertujuan mencegah aktiviti pembakaran oleh mana-mana pihak yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan penduduk.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
